Deligasi FTKPM ke Seminar Antarabangsa iMEC-APCOMS 2022 di Surakarta, Indonesia

Surakarta, 27 Oktober - Seramai 80 peserta dalam dan luar negara terutamanya dari Indonesia, Malaysia dan United Kingdom hadir membentangkan hasil penyelidikan mereka dalam bidang Sistem Pembuatan, Automasi Pembuatan, Bahan dan Proses Pembuatan sempena Seminar Antarabangsa iMEC-APCOMS 2022 bertemakan “Post Pandemic Recovery: Industrial Engineering Perspective” yang berlangsung di Ki Hajar Dewantara Building, Universitas Sebelas Maret, Surakarta, Indonesia. Seminar dianjurkan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Pembuatan dan Mekatronik, Universiti Malaysia Pahang (UMP) dengan kerjasama Fakulti Teknologi Industri, Institut Teknologi Bandung (ITB), Indonesia.  Selain itu, Universitas Sebelas Maret (UNS), Indonesia dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) juga terlibat sebagai penganjur bersama.  Daripada jumlah tersebut seramai 11 orang adalah peserta daripada UMP telah membuat pembentangan kertas penyeledikan secara bersemuka dan juga di dalam talian. iMEC-APCOMS 2022 merupakan kesinambungan daripada IMEC 2019 yang dianjurkan bersama Fakulti Teknologi Kejuruteraan Pembuatan dan Mekatronik, UMP dan Fakulti Teknologi Industri, ITB, Indonesia di Putrajaya pada tahun 2019. Persidangan ini digabungkan bersama dengan persidangan APCOMS iaitu lanjutan kerjasama terhadap memorandum persefahaman yang telah ditandatangani diantara UMP and ITB. Prof. Dr. Cucuk Nur Rosyidi selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur iMEC-APCOMS 2022 telah memberi ucapan alu-aluan kepada semua peserta yang hadir. Dalam sesi ucap utama persidangan ditampilkan tokoh-tokoh akademik seperti Prof. Dr. Ing- Hendro Wicaksono dari Jacobs University, Germany, Prof. Ir. Dr. Bermawi P. Iskandar dari ITB, Prof. Benny Tjahjono dari Conventry University, UK, Prof Ir. Dr. Ahmad Razlan Yusoff dari UMP, Mr. Toto Suharto selaku President Director of SKF Indonesia dan Prof Dr Zamberi bin Jamaludin dari UTeM.

Menurut Prof. Dr. Cucuk, seminar antarabangsa anjuran bersama UMP-ITB-UNS-UTeM ini dapat mengukuhkan jalinan dan hubungan antarabangsa di antara Malaysia dan Indonesia yang terjalin melalui Memorandum Persefahaman yang telah ditandatangani. “Di samping itu juga seminar antarabangsa ini merupakan platform kepada para peserta untuk berinteraksi dan meningkatkan pemahaman mereka mengenai penyelidikan terkini dalam bidang kejuruteraan pembuatan dan industri,” katanya.  Pembentangan turut menampilkan Prof Bermawi yang membentangkan kertas kerja berkaitan “Industrial Resilient after pandemic” Mr. Toto dari SKF Indonesia membentangkan kertas kerja berkaitan cabaran dan peluang untuk mengaplikasi machine learning untuk industri  semasa era Industri 4.0. Selain itu, wakil UMP, Prof. Ir. Dr. Ahmad Razlan membentangkan kertas kerja berkaitan dengan aplikasi terhadap machine learning dalam proses pemesinan logam dari sudut pemantauan terhadap keadaan proses and alat pemotong.

iMEC-APCOMS 2019 secara langsung telah menyediakan platform kepada para penyelidik, pelajar pasca siswazah serta pihak industri dalam bidang kejuruteraan pembuatan bersama-sama membentangkan hasil penyelidikan masing-masing. Selain bertukar pandangan dan pendapat, seminar ini juga menyediakan pameran industri berkaitan dengan kejuruteraan pembutan dan industri.  Disamping itu juga, potensi kerjasama telah mula berputik di antara UMP dan Universitas Muhammadiyah Surakarta yang telah dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr. Azmir Azahari selaku Pengarah Pusat Perhubungan Anatarabangsa, UMP bagi pertukaran pelajar dan pensyarah dan kerjasama penyelidikan.

Disediakan oleh Dr. Wahaizad Bin Safiei dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Pembuatan dan Mekatronik.


Print   Email