Empat graduan dwi-ijazah terima hadiah kecemerlangan

Empat graduan dwi-ijazah terima hadiah kecemerlangan

KUANTAN: Pengantarabangsaan Universiti Malaysia Pahang (UMP) dalam membina jaringan kerjasama akademik yang kukuh dengan universiti di Jerman mampu melahirkan graduan berdaya saing.

Graduan program dwi-ijazah Mekatronik dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Pembuatan dan Mekatronik (FTKPM), Nabilah Rosli, 25, berkata mahasiswa perlu mencari peluang menimba ilmu pengetahuan dan kemahiran terutama dari segi teknologi. Dia berbangga apabila berjaya menamatkan pengajian dan memperoleh dua ijazah serentak daripada UMP dan Karlsruhe University of Applied Sciences (HsKA). Lebih membanggakan, Nabilah dan sahabat baiknya, Ong Kai Li, 24 berkongsi kejayaan menerima Hadiah Kecemerlangan Program Dwi-Ijazah pada Majlis Konvokesyen UMP yang ke-14 di UMP, baru-baru ini. Nabilah dari Terengganu dan Kai Li dari Pulau Pinang bersyukur serta teruja dapat menamatkan pengajian dalam tempoh ditetapkan. Perbezaan budaya bukan halangan kepada mereka untuk sentiasa berkongsi pandangan dan idea dalam melaksanakan setiap tugasan diberi pensyarah mereka.

Nabilah berkata, UMP adalah universiti terbaik dalam membina jati diri insan dari segi akademik dan pembentukan sahsiah diri serta meningkatkan pengetahuan dalam mendepani teknologi. “Untuk terus maju dan berjaya, mahasiswa perlu sentiasa mencari peluang memajukan diri dan tidak mudah berputus asa kerana kejayaan tidak hadir tanpa usaha gigih,” katanya. Sementara itu, Kai Li yang juga penerima Anugerah Dekan berkata, selama enam semester sepanjang pengajian, dia berpegang kepada prinsip pemikiran positif yang menjadi kunci kejayaan. Katanya, UMP adalah universiti awam yang berupaya membina nama dalam bidang teknologi dan kejuruteraan pada peringkat antarabangsa. “Pengalaman dan kepahitan ditempuh ketika pengajian menjadi pengalaman dalam hidup terutama cabaran mempelajari bahasa asing serta ketika menjalani program mobiliti di Jerman selama enam bulan. “Pengalaman belajar di Jerman membolehkan saya peluang belajar kebudayaan dan teknologi negara terbabit, malah dapat mempelajari budaya masyarakat Jerman dalam mendidik generasi muda,” katanya. Kai Li kini berkhidmat sebagai Jurutera Pembangunan dan Penyelidikan di Vitrox Corporation Berhad. Turut menerima anugerah itu ialah Mitchell Enrique Kuansin, 24, yang juga menerima Hadiah Kecemerlangan Yayasan Sabah.

Selain itu, turut berkongsi kegembiraan adalah penerima Anugerah Profesional Pembelajaran Sepanjang Hayat, Datuk Mokhtar Samad yang turut berkongsi pentas konvokesyen serentak dengan isteri dan empat anaknya selepas berjaya menamatkan pengajian program Master Eksekutif Pengurusan Projek di bawah UMP Advanced Education (UMPA). Seramai 3,782 graduan UMP bergraduasi pada Majlis Konvokesyen UMP Kali Ke-14 disempurnakan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang juga Canselor UMP.

Rujuk sumber berita di sini.

iMEC-APCOMS 2019 the best platform to exhibit industry and manufacturing engineering research product

iMEC-APCOMS 2019 the best platform to exhibit industry and manufacturing engineering research product

Faculty of Manufacturing and Mechatronics Engineering Technology (FTKPM) has successfully organized the 4th International Manufacturing Engineering Conference (iMEC) 2019 on 21st to 22nd August 2019 at The Everly Hotel, Putrajaya, Malaysia. 

For the third time, iMEC is co-organized with 5th Asia-Pacific Conference on Manufacturing System (APCOMS) 2019 which is owned by Faculty of Industrial Technology, Bandung Institute of Technlogy (ITB), Indonesia. This is an extended collaboration between UMP and ITB, which is purposely to intensify knowledge sharing and experiences between higher learning institutions in Malaysia and Republic of Indonesia. This year, the conference brought “Intelligent Engineering & Sustainable Development” as the theme to reflect acceleration of knowledge and technology in global manufacturing towards Industry 4.0. With aim to become the platform for researchers, academicians, scientists, students, engineers and practitioners around the world to present their latest findings, ideas, developments and applications related specifically to manufacturing engineering and other related research areas, the conference this year has successfully attracted more than 100 local and international participants including Indonesia, Bangladesh and India. 

The 4th iMEC 2019 has invited submission of high quality research papers reporting original work on, but not limited to the topics and sub-themes on Material, Manufacturing Processes, Manufacturing Automation and Manufacturing System. The officiating event was carried out by the Member of UMP’s Board of Director, Professor Dato’ Ts. Dr. Rosli Mohd Yunus. The keynote sessions were held by the speech of Professor Ir. Dr. Bermawi P. Iskandar from Bandung Institute of Technology, Indonesia, Mr. Nizmar Mohd Nazar from Malaysia Automotive, Robotics and IoT Institute and Associate Professor Ir. Dr. Ahmad Razlan Yusoff from Faculty of Manufacturing and Mechatronics Engineering Technology. 

The organizing committee was also proud with the presence of FTKPM’s Industrial Advisory Panel from MIMOS Berhad, Proton Holdings Berhad and Triple EEE Sdn. Bhd. during the opening ceremony. This two-days conference has successfully brought together local and international academicians, researchers and industry players for sharing their latest findings, ideas, developments and applications as well as industrial exhibitions related specifically to manufacturing engineering and other related research areas. Participants also enjoyed the sight-seeing tour scheduled by organizing committee. 

It is hopes that with the success of this fourth conference, Universiti Malaysia Pahang (UMP) will be one of the best universities known in the field of manufacturing engineering thus creating a strong academic network among researchers in Malaysia and overseas.

News source

Hasil kajian pelajar FTKPM dinobatkan pingat emas dan Anugerah Penyelidikan Terbaik

Hasil kajian pelajar FTKPM dinobatkan pingat emas dan Anugerah Penyelidikan Terbaik

Tahniah! Nurul Jannah Baharuddin bersama Penyelidik lain, Puteri Nur Najihah, Faris ‘Imadi Shamsul, Muhammad Zulhilmi Shamsul Amran, Edward Ang Sheng Hui dan Dr Muchamaf Oktaviadri yang berjaya menghasilkan Penyelidikan. Seal Strength Tester Machine (SSTM) yang digunakan untuk menguji sama ada bungkusan produk mempunyai kebocoran secara automatik.
 
Prototaip ini sesuai untuk saiz bungkusan yang berbeza. Dalam laluan produksi yang berterusan, produk yang bocor akan diasingkan dari produk yang baik. Mesin ini juga dapat mengurangkan penggunaan tenaga pekerja manusia dan memastikan produktiviti lebih efisyen. Hasil kajian ini dinobatkan pingat emas dan Anugerah Penyelidikan Terbaik (Best of The Best Award) kategori Pelajar.
 
Rujuk sumber berita di sini.
Image