Kelab kebajikan staf FTKPM telah mengadakan Program Jalinan Kasih Ramadhan 2021

Kelab kebajikan staf FTKPM telah mengadakan Program Jalinan Kasih Ramadhan 2021

Kelab kebajikan FTKPM telah menganjurkan Program Jalinan Kasih Ramadhan 2021 pada 5 Mei 2021 untuk meraikan seramai 14 orang kakitangan kontraktor pembersihan yang berkhidmat di bangunaan fakulti ini dengan menyalurkan sumbangan duit raya dan kuih raya hasil dari kutipan infak daripada warga fakulti bersempena Ramadan tahun ini.

Dekan FTKPM, Prof Madya Ir. Dr. Faiz Mohd Turan berkata, khidmat pekerja kontraktor pembersihan di fakulti ini amat dihargai dan mereka merupakan sebagian daripada kakitangan yang penting dalam memastikan bangunan fakulti sentiasa terjaga dengan bersih dan baik. Semoga dengan hasil sumbangan daripada warga fakulti ini dapat mengeratkan lagi hubungan di antara pekerja kontraktor pembersihan dan warga fakulti khususnya. Kakitangan kontraktor pembersihan berkenaan melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada warga fakulti.

Selain itu, hasil kutipan infak daripada warga fakulti juga telah dimanfaatkan dengan pemberian sumbangan duit raya kepada 23 orang pelajar FTKPM yang terdiri daripada asnaf dan anak yatim. Program ini juga turut diserikan dengan ceramah sempena ramadhan oleh Dr. Mohd Suhardi Bin Mat Jusoh dari Pusat Sains Kemanusiaan, UMP. 

Program diakhiri dengan edaran bubur lambuk kepada staf dan pelajar FTKPM yang berada di fakulti.


Print   Email