Program Kasih Ramadhan 2022 anjuran Kelab Kebajikan Staf FTKPM

Program Kasih Ramadhan 2022 anjuran Kelab Kebajikan Staf FTKPM

Kelab kebajikan staf FTKPM telah menganjurkan Program Jalinan Kasih Ramadhan 2022 pada 20 Mei 2022 untuk meraikan 10 orang petugas pembersihan yang berkhidmat di bangunaan fakulti ini dengan menyalurkan sumbangan duit raya dan kuih raya hasil dari kutipan infak daripada warga fakulti bersempena Ramadan tahun ini.

Dekan FTKPM, Prof Madya Ir. Dr. Faiz Mohd Turan berkata, khidmat petugas pembersihan di fakulti ini amat dihargai dan mereka merupakan sebagian daripada kakitangan yang penting dalam memastikan bangunan fakulti sentiasa terjaga dengan bersih dan baik. Semoga dengan hasil sumbangan daripada warga fakulti ini dapat mengeratkan lagi hubungan di antara petugas pembersihan dan warga fakulti khususnya. 

Selain itu, hasil kutipan infak daripada warga fakulti juga telah dimanfaatkan dengan pemberian sumbangan duit raya kepada 18 orang pelajar FTKPM yang terdiri daripada asnaf dan anak yatim. Program ini juga turut diserikan dengan ceramah sempena ramadhan oleh Ustaz Zulkamal bin Jusoh, Imam Masjid Tareq bin Ziyad di Kempadang Perdana, Kuantan. Beliau juga merupakan mudir Madrasah Diraasatid Deeniyyah wat Tarbiyyah lil Banat (MADTLAB), Kempadang Perdana, Kuantan. 

Program diakhiri dengan edaran bubur lambuk kepada staf dan pelajar FTKPM yang menghadiri program.


Print   Email