Tahniah UMPBOT 2022!

Tahniah UMPBOT 2022!

Tahniah diucapkan kepada kelab UMPBOT UMP di atas kejayaan merangkul 8 pasukan terbaik daripada 25 pasukan keseluruhan dalam Pertandingan Robocon Malaysia 2022 yang dianjurkan pada 1- 5 Jun 2022 yang lalu. Pada tahun ini, pasukan UMPBOT telah berjaya melayakkan diri sehingga ke pertandingan suku akhir dengan menewaskan beberapa pasukan dari institusi pengajian tinggi (IPT) lain dari seluruh Malaysia.

Pertandingan Robocon Malaysia pada tahun ini adalah bertemakan Lagori - Tuju Tin iaitu permainan tradisional negara India. Hal ini kerana New Delhi, India merupakan tuan rumah ABU Robocon 2022, di mana pasukan yang melayakkan diri sebagai Juara pada tahun ini bakal beraksi di sana untuk berentap di kejohanan peringkat antarabangsa. 

Dari warga FTKPM, kami mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas kejayaan ini, khususnya kepada ahli kelab yang majoriti terdiri daripada pelajar mekatronik di FTKPM. Semoga kejayaan pada tahun ini dapat menyuntik semangat berpasukan, meningkatkan keyakinan dan kecerdasan pelajar seterusnya mengharumkan nama fakulti dan Universiti Malaysia Pahang di kejohanan lain.


Print   Email